Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, August 29, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN PPMCS DAERAH BANGGI KALI KE-1

Kepada
Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah,
Pemimpin Kumpulan/Guru Penasihat Pengakap,
Daerah Banggi

Tuan/puan

MESYUARAT PENGURUSAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH BANGGI KALI PERTAMA

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat diataspada ketetapan yang berikut :

Tarikh      : 30 Ogos 2012
Masa      : 09.30 Pagi
Tempat   : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah (K) Banggi
Pakaian   : Uniform Pengakap

Agenda Mesyuarat :

1.    1.    Pembaharuan Persetiaan Pengakap
2.     2. Ucapan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Banggi
3.     3. Perlantikan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah(ADC)
4.     4. Pendaftaran Kumpulan Pengakap
5.     5. Aktiviti-aktiviti Tahun 2012-08-29
6.     6. Hal-hal Lain

Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan tentang perkara diatas amatlah dihargai.

Sekian dan terima kasih.

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya

Wednesday, August 15, 2012

PERSETIAAN PENGAKAP


PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:- 
Taat kepada Tuhan, raja dan negara 
Menolong orang pada setiap masa 
Menurut undang-undang pengakap

Lagu Rasmi Pengakap Malaysia


Friday, August 3, 2012

PEMAKAIAN LENCANA PENGAKAP SEDUNIA


 
 
Berkuatkuasa pada 20 November 2011, pemakaian lencana Pengakap Dunia menjadi sebahagian dari lencana asas dalam uniform pengakap Malaysia. Pemakaian lencana ini telah diwartakan sendiri oleh Ketua Pengakap Negara Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd Salleh di Jambori Pengakap Malaysia ke-12 2011 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Seberang Takir Kuala Terengganu. Pemakaian lencana ini telah diwajibkan kepada semua ahli pengakap seluruh Malaysia, lencana ini harus dipakai disebelah kanan atas poket uniform pengakap.

Wednesday, August 1, 2012

Salam Pengakap

Selamat Datang ke Blog Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Banggi. Blog ini sedang dalam pembinaan dan akan di naik taraf dari masa ke semasa. Blog ini dibina bagi menyampaikan info-info terkini mengenai pengakap di Daerah Banggi. Nantikan info dan berita terkini berkenaan PPMCS Daerah Banggi.
Penafian: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Banggi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.