Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

Sunday, March 23, 2014

Senarai Sekolah Yang Mendaftar Setakat 22 Mac 2014


BIL
NO. KUMP
SEKOLAH
RUJ. PEMIMPIN
DAFTAR PADA
TEMPOH PENDAFTARAN
1
01
SK LOK TUHOG
Abdul Rasad Sadikir/ Rizal Berahim
2012
3 Tahun
2
02
SK BATU LAYAR
Us. Haafiz
2012
3 Tahun
3
03
SMK BANGGI
Mohd Hafiz
2013 (belum terima sijil pendaftaran)
3 Tahun
4
04
SK LIMBUAK
Abdullah Chik
2014
1 Tahun
 5
05
SK LAKSIAN
Mohd Zaideel Bin Abdullah
 2014
1 tahun

Tuesday, August 20, 2013

Tanda Pangkat Baru PPM


Monday, August 19, 2013

Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah / Jambori Sabah Kedua 2013

Syukur Allamdullilah akhirnya selesai juga Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah / Jambori Sabah Kedua 2013 yang diadakan di Sabah Scout Nature Park Sandakan bertarikh 12 - 17 Ogos 2013. Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Banggi telah diwakili oleh 4 orang pemimpin yang diketuai oleh En. Faisal Jikal, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Banggi dan 3 orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Banggi iaitu En. Mohd Haafiz Bin Ahmid, En. Zaini Bin Etong dan En. Mohd Zaideel Abdullah. Berikut adalah foto-foto semasa Jambori.

Thursday, September 27, 2012

Kertas Cadangan Sambutan 90 Tahun Pengakap dan Himpunan 1000 Orang ahli Pengakap daerah KUDAT

Kertas Cadangan Sambutan 90 tahun Pengakap dan Himpunan 1000 Orang Ahli Pengakap Daerah Kudat.
Untuk muat turun, Sila klik pautan iniKertas Cadangan

Thursday, September 6, 2012

Prosedur Pendaftaran Kumpulan

YURAN PENDAFTARAN (SISTEM PENDAFTARAN 3 TAHUN)
  1. Pendaftaran Kumpulan (Wajib)    RM 10.00 X 3 tahun = RM30.00
  2. Pendaftaran Pesuruhjaya / Pen. Pesuruhjaya / Pemimpin / Pen. Pemimpin / Ahli Majlis / Pengakap Kelana = RM 20.00/orang
  3. Pendaftaran bagi Unit Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda / Pengakap Remaja = RM 10.00/orang.

CARA UMUM MEMBUAT PENDAFTARAN :

Isikan borang-borang berikut:
  • Borang PPM-1(A) [ Borang Pendaftaran Ahli ]
  • Borang PPM-1(B) [ Borang Kawalan ]
  • Borang PPM-8 [ Borang Permohonan Pendaftaran Kumpulan ]
  • Borang PPM-9(A) [ Borang Permohonan Tauliah Pemimpin ]
  • (*Hendaklah diisikan didalam 3 salinan)
Borang-borang diatas hendaklah dikemukakan bersama bayaran ataupun slip/bukti pembayaran yang berkaitan ke Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

Istiadat Laung Agung ( Pengakap Kanak-Kanak )



1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia).

2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil.

3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan.

4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela.

5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ".

6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ).
  • Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1 - 6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK.

Wednesday, August 29, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN PPMCS DAERAH BANGGI KALI KE-1

Kepada
Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah,
Pemimpin Kumpulan/Guru Penasihat Pengakap,
Daerah Banggi

Tuan/puan

MESYUARAT PENGURUSAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH DAERAH BANGGI KALI PERTAMA

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat diataspada ketetapan yang berikut :

Tarikh      : 30 Ogos 2012
Masa      : 09.30 Pagi
Tempat   : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah (K) Banggi
Pakaian   : Uniform Pengakap

Agenda Mesyuarat :

1.    1.    Pembaharuan Persetiaan Pengakap
2.     2. Ucapan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Banggi
3.     3. Perlantikan Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah(ADC)
4.     4. Pendaftaran Kumpulan Pengakap
5.     5. Aktiviti-aktiviti Tahun 2012-08-29
6.     6. Hal-hal Lain

Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan tentang perkara diatas amatlah dihargai.

Sekian dan terima kasih.
Penafian: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Banggi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.