Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, September 6, 2012

Prosedur Pendaftaran Kumpulan

YURAN PENDAFTARAN (SISTEM PENDAFTARAN 3 TAHUN)
  1. Pendaftaran Kumpulan (Wajib)    RM 10.00 X 3 tahun = RM30.00
  2. Pendaftaran Pesuruhjaya / Pen. Pesuruhjaya / Pemimpin / Pen. Pemimpin / Ahli Majlis / Pengakap Kelana = RM 20.00/orang
  3. Pendaftaran bagi Unit Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda / Pengakap Remaja = RM 10.00/orang.

CARA UMUM MEMBUAT PENDAFTARAN :

Isikan borang-borang berikut:
  • Borang PPM-1(A) [ Borang Pendaftaran Ahli ]
  • Borang PPM-1(B) [ Borang Kawalan ]
  • Borang PPM-8 [ Borang Permohonan Pendaftaran Kumpulan ]
  • Borang PPM-9(A) [ Borang Permohonan Tauliah Pemimpin ]
  • (*Hendaklah diisikan didalam 3 salinan)
Borang-borang diatas hendaklah dikemukakan bersama bayaran ataupun slip/bukti pembayaran yang berkaitan ke Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.


Pembayaran boleh dibuat melalui Wang Pos/Money Order/Cek diatas nama "PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH"

Untuk bayaran melalui bank, pembayaran boleh dilakukan ke akaun berikut :
Nama          : PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
No. Akaun  : 3063399019 (PUBLIC BANK)
Cawangan   : Menara MAA, Kota Kinabalu

* Kad Pendaftaran keahlian akan dikeluarkan 3 minggu selepas tarikh pendaftaran.
* Bagi setiap pendaftaran kumpulan, Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah akan mengeluarkan :
  • Sijil Pendaftaran Kumpulan
  • Resit cabutan untuk tujuan tuntutan Kad Pendaftaran bagi ahli
  • Tauliah Pemimpin Pengakap (Bagi yang berkaitan)
  • Resit Pembayaran Pendaftaran Keahlian dan Kumpulan

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Banggi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.