Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, September 27, 2012

Kertas Cadangan Sambutan 90 Tahun Pengakap dan Himpunan 1000 Orang ahli Pengakap daerah KUDAT

Kertas Cadangan Sambutan 90 tahun Pengakap dan Himpunan 1000 Orang Ahli Pengakap Daerah Kudat.
Untuk muat turun, Sila klik pautan iniKertas Cadangan

Thursday, September 6, 2012

Prosedur Pendaftaran Kumpulan

YURAN PENDAFTARAN (SISTEM PENDAFTARAN 3 TAHUN)
  1. Pendaftaran Kumpulan (Wajib)    RM 10.00 X 3 tahun = RM30.00
  2. Pendaftaran Pesuruhjaya / Pen. Pesuruhjaya / Pemimpin / Pen. Pemimpin / Ahli Majlis / Pengakap Kelana = RM 20.00/orang
  3. Pendaftaran bagi Unit Pengakap Kanak-kanak / Pengakap Muda / Pengakap Remaja = RM 10.00/orang.

CARA UMUM MEMBUAT PENDAFTARAN :

Isikan borang-borang berikut:
  • Borang PPM-1(A) [ Borang Pendaftaran Ahli ]
  • Borang PPM-1(B) [ Borang Kawalan ]
  • Borang PPM-8 [ Borang Permohonan Pendaftaran Kumpulan ]
  • Borang PPM-9(A) [ Borang Permohonan Tauliah Pemimpin ]
  • (*Hendaklah diisikan didalam 3 salinan)
Borang-borang diatas hendaklah dikemukakan bersama bayaran ataupun slip/bukti pembayaran yang berkaitan ke Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

Istiadat Laung Agung ( Pengakap Kanak-Kanak )



1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia).

2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil.

3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan.

4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela.

5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ".

6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ).
  • Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1 - 6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK.
Penafian: Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Banggi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.